Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun Bagi Tahun 2024
Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun Bagi Tahun 2024 Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada 24 haribulan Zulkaedah 1446H bersamaan 22 haribulan Mei 2025M bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis Mesyuarat, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.
2. Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada 290 warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
3. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

